Asasi Dengkil

Assalamualaikum,
"Susah giler ASASI ni", "Penat giler" (hehehe tipu jela). Actually it depends on how you manage your life as a student. For me even though it tough but it is fun ride. Let me share you from the start

1. MDS (Minggu Destini Siswa)
MDS ni macam minggu orientasi, you will be introduced to Uitm. About the history and so on. And aka nada lecterur bagi pengenalan on what you will learn during this foundation. Nothing special. Last day of MDS baru kita akan serah all the documents yang kena bawa (waktu ni kena pakai baju kurung putihh dan kain hitam). Lepas tu boleh balik bagi yang duduk dekat, sebab ada one week holiday before classes start.

2. Subjek
Kesemua subjek ada 6 subjek, (bio, chem, phy, math, ctu (pend islam), elc (english class-prep untuk Muet)
-biology, physic, chemistry, math-topik yang akan kita belajar sama je dengan waktu spm dulu tapi lagi mendalam (so jangan lepas spm terus delete all the knowledge that you learn during spm). Yang math tu dia campur modern math and add math.

3. Lecturers
Lecturer dekat sini baik-baik je orangnye, jangan risau. Kalua tak faham terus tanya lect. Jangan ada istilah malu sebab nanti kita yang rugi. Dulu kita(me) kalau dekat sekolah dulu jenis yang pasif tapi you cannot be like that dekat university. Kalau lecturer tu laju sangat ke mengajar, angkat je tangan cakap dia laju sangat, lecturer tu makan nasi macam kita jugak tak makan orang pun. Dekat sini lecturer ajar pakai slide, apa yang dipaparkan dekat slide, lecturer akan upload dekat student portal so kita boleh print lecture notes tu.

4. Study
Dulu ada kawan tanya kita macam mana cara belajar kita. For me, lain orang lain cara belajar. This is what I do, first buat nota sendiri setiap kali habis kelas but before buat nota make sure dah faham apa yang kita belajar tu dulu, nanti takde makna buat nota tapi tak faham pun apa yang dah belajar.  Second, jangan malu jangan malas pergi jumpa lecturer kalau tak faham. kalau dalam kelas kalau kita tak faham kita terus angkat tangan cakap tak faham n lecturer tu akan ulang balik sampai faham. Third, kena pandai pilih kawan sebab nanti ada buat group untuk lab and assignment, kalau salah pilih group nanti anda akan kena tanggung buat kerja sorang-sorang. Untuk lab, setiap kali habis buat experiment kena buat lab report, dia akan jadi beban bila kena hantar semua lab report dalam hari yang sama, semput nak siapkan nanti kalau groupmate semua tak buat kerja masing-masing. Lab report penting untuk carry mark begitu juga assignment. Kalau terjadi jugak dekat korang yang groupmate tak buat kerja, jangan takut report dekat lecturer sebab kalau tak report dia akan dapat markah free2 je sedangkan kita yang usaha buat kerja tapi dia goyang kaki.
Selain tu, kalau kita tak faham jugak apa yang lecturer ajar, kita akan google atau tengok youtube (sangat membantu).Selain kelas syarahan (pnp), ada lab session and tutorial class. Untuk syarahan kelas akan gabung dua tiga group tapi untuk lab and tutorial session baru pecah ikut group masing-masing. Setiap kali dah habis satu topik, lecturer akan bagi tutorial (latihan), so jawapan akan dibincang waktu kelas tutorial. Kadang-kadang pensyarah untuk syarahan n pensyarah untuk kelas tutorial tak sama. 

5.  Anjung (tempat makan)
Dekat sini kantin dipanggil sebagai anjung, banyak kedai makanan dan variasi makan dijual. Dekat bawah kedai jual makanan, dekat atas kedai runcit dan kedai alat tulis. Ada kedai yang murah ada kedai yang mahal, kena pandai pilih kedai. Ada satu cafe nama engineer cafe ni katanya masak ada ajinomoto (pensyarah kitaorang cerita). 

6. Kolej
Utuk perempuan dipanggil kolej dahlia, ada kolej dahlia 1,2 dan 3. Untuk lelaki Kolej tualang. Kolej dahlia dekat depan, kolej lelaki dekat belakang. Satu rumah ada tiga bilik, satu bilik untuk dua orang. Waktu kitaorang satu rumah tak campur dengan course yang lain, so maksudnya satu rumah semua asasi sains tak campur dengan asasi law, engineer or TESL. Dekat kolej wifi laju waktu 2-3 pagi (hehehe).

7. Hiburan melagha (hahaha, mesti nak tahu jugakkan ada apa dekat dengkil)
Dekat dengkil ni ada nama pekan dengkil, dekat sana ada KFC ada banyak lagi kedai lain. Nanti dah sampai sana korang pamdai-pandailah explore dengkil. Kita tak tahu sangat sebab kalau hujung minggu selalu balik rumah. Shopping mall yang dekat ada Dpulze, Alamanda dan ioi. Pergi sana naik uber, grabcar or bas. Hujung minggu ramai la budak uitm dengkil dekat tempat2 tu buat hilang stress belajar.

8. KOKO
Waktu asasi ni, koko tak aktif sangat tapi adalah kelab tu tapi tak banyak sangat aktiviti. Tapi ada je aktiviti yang asasi anjur mcm KASPA (karnival asasi pusat asasi), hari sukan.

9. Exam 
Exam paling besar adalah Final exam (paling banyak menyumbang untuk carry mark). Selain final exam, ada test jugak. Ada test 1 dan test 2. And selain test ada quiz. Semua tu penting untuk carry mark.Final exam dengan test akan selaras soalan dia tapi untuk quiz soalan dia ikut lecturer masing-masing.Quiz akan dibuat waktu tutorial class.

10. Lab session
Waktu lab kena pakai lab coat dan kasut bertutup. Wajib pakai kasut bertutup sebab kalau tak pakai pembantu makmal bising. Nanti dia akan suruh balik tukar kasut (pernah berlaku dekat kawan kita sendiri tau)

Tu je kot rasanya. Akhir kata tahniah pada yang berjaya masuk ke ASiD.

Comments

Popular posts from this blog

Interview Dentistry UiTM. Fuuuhhhhh

MDS UiTM Shah Alam

Dental School? Yes or No?